Cemerlang dengan Iman dan Taqwa

Al-Talaq ayat 2-3:
"Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, Dia akan adakan baginya jalan keluar dan (Allah) akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepadanya."

Kecemerlangan yang bermula dari dalaman, berpunca dari ledakan iman dan taqwa, mampu mengubah dunia dan seisinya.

Ketahuilah sesungguhnya amal ibadah kita seharian adalah suatu syarat kepada kesempurnaan iman, bukanlah syarat kepada sahnya iman. Apabila amal kebajikan mukmin itu bertambah maka akan bertambahlah imannya. Sebaliknya apabila amal ibadahnya berkurangan maka akan menurunlah imannya.

Monday, December 6, 2010

Si Putih



Betapa aku sangat sayang kepada mu
namun sayangku tidak dapat mengatasi sayangnya yang telah Allah campakkan di dalam hatinya untuk mengambilmu tanpa keizinanku
siapakah??
namun ku redha atas ketentuanNya..kini kau tidak lagi bersama-sama ku
seperti dahulu..menemani ku kemana saja ku pergi..
bagaimana jua keadaan..hujan, terang, mendung,panas terik..kau Putih tetap setia tanpa ragam yang menjengkelkan
sentiasa memahami ku tatkala aku sedih atau suka..
suka dan duka kita bersama
Kau Putih...kini dalam kenangan..
Ku harap kau dijaga oleh tuan baru mu dengan lebih baik..tidak mencerai beraikan dirimu..tidak merosakkan mu...agar kau masih boleh berkhidmat kepada sesiapa pun..
namun, harapan ku masih menggunung
agar suatu hari nanti akan kita bertemu lagi..
ku ingat lagi keadaanmu kali terakhir kita bersama pada 4 des 2010..

Si Putih...
Motoskal ku
Honda EX5
BJT 2800
Berwarna putih
berceloreng hitam di atas sayap hadapan (kesan exident)
ada box di atasnya tertulis perkataan "tumpang"
sport rim berwarna gold

seandainya ada lagi rezki..mana kan tahu, seseorang yang telah menjumpai lalu melaporkan kepada balai polis berdekatan dan menyatakan bahawa dirimu telah diambil tanpa keizinanku..
saban waktu ku berdoa agar kehilanganmu ini menjadi kaffarah atas kesilapan ku di masa-masa lalu agar kita dapat berjumpa di akhirat kelak dengan aman..

jom buat tempe sendiri--(Most Favourite Food)

TEMPE

Bahan-bahan:

200 g kacang soya
40 g tempe

Cara-cara utk buat ragi:

Tempe dihiris nipis-nipis kemudian jemur sehingga kering. Sbg alternatif kak Noor guna oven pd suhu 20'C-30'C (ala2 suhu cam panas matahari gitu)
Bila kering blend halus.
Simpan didalam botol dan ditempat yg gelap jika belum digunakan lagi.


Proses fermentasi tempe:

Kacang soya dibasuh kemudian direndam selama 12 jam

Lepas tu ramas-ramas supaya tanggal kulitnya dan kacang terbelah dua.

Bilas kemudian rebus selama 1 jam

Toskan kacang soya kemudian keringkan samada jemur atau lap dgn kitchen towel atau keringkan dlm oven pd suhu 20-30'C

Biarkan sejuk kemudian gaulkan dgn ragi sehingga sekata

Masukkan dlm plastik, 'seal'kan dgn lipat plastik tersbt dan layur dgn api lilin (nak senang guna plastik sandwich yg ada seal tu)

Ratakan kacang soya supaya tebalnya dlm 3 cm

Buat lubang2 dgn menyucukkan jarum/lidi dikedua2 belah plastik tu dlm 2 cm jarak setiap lubang

Simpan soya tadi dlm bekas tertutup di tempat yg suam 30'C (kak Noor bubuh tepi boiler)

Simpan selama 2-3 hari, baru boleh dimakan.


Penting:

Pastikan soya betul2 kering sebelum bubuh ragi krn proses fermentasi microorganisma Rhizopus (dr ragi) hanya berlaku dlm keadaan kering.

Membuat lubang pd plastik supaya microorganisma dpt oksigen utk jlnkan proses fermentasi

Suhu yg optimum utk proses fermentasi adalah 25-30 'C- kalau terlebih panas dikhuatiri mati microoragnisma trsbt.

Friday, October 22, 2010

Resolusi Perisadangan wanita-wanita pertama Dunia

3 Oktober, 2010 23:45 PM

Sidang Kemuncak Wanita Pertama Terima Pakai Deklarasi Dalam Tiga Bidang

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Sidang Kemuncak Wanita Pertama di sini yang berakhir Rabu mengeluarkan satu deklarasi meliputi tiga bidang iaitu pendidikan, keluarga dan komuniti dengan matlamat untuk mencapai sekurang-kurangnya satu objektif dalam setiap tiga bidang berkenaan.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, yang membacakan deklarasi itu, berkata Wanita-wanita Pertama bertekad dan komited untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk keluarga-keluarga, kerajaan, institusi akademi, badan perniagaan, media, badan bukan bermotifkan keuntungan dan komuniti tempatan.

Wanita-wanita Pertama berkenaan berkata bahawa wawasan mereka bagi masa depan kanak-kanak adalah untuk memastikan semua kanak-kanak mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan sepanjang kehidupan mereka dan kualiti, pendidikan percuma untuk mereka mempelajari kemahiran, perubahan sikap dan pengetahuan sewajarnya bagi mencipta rekaan, inovasi dan berkembang maju.

"Kita hidup dalam waktu-waktu mencabar penuh risiko dan rintangan tetapi kami sangat optimis bahawa globalisasi, masa depan dan teknologi menyediakan peluang-peluang luar biasa bagi kanak-kanak untuk membuat pilihan dan mencari penyelesaian," kata mereka.

Sidang kemuncak bertemakan "Anak Hari Ini, Pemimpin Hari Esok" itu dihadiri 15 Wanita Pertama.

Selain Rosmah, mereka ialah Teuta Topi (Albania), Ernestina Naadu Mills (Ghana), Mariama Mane Sanha (Guinea Bissau), Lorna Golding (Jamaica), Meme Tong (Kiribati), Keosaychay Sayasone (Laos), Sarojini Jugnauth (Mauritius), Maria De Luz Guebuza (Mozambique), Patience Jonathan (Nigeria), Mercedes Lugo De Maidana (Paraguay), Natalie Brigitte Nadage Michel (Seychelles), Sia Nyama Koroma (Sierra Leone), Sriranthi Rajapaksa (Sri Lanka) dan Thandiwe Banda (Zambia).

Sidang kemuncak yang julung kali diadakan itu dihadiri enam wakil Wanita Pertama dan 20 menteri.

Sidang Kemuncak Wanita-wanita Pertama 2010, yang diadakan hasil inisiatif Rosmah, memberi fokus terhadap kerjasama oleh keluarga, masyarakat dan kerajaan untuk mencungkil potensi setiap kanak-kanak.

Wanita-wanita Pertama berkata dunia memerlukan para pemimpin masa depan yang bertangggungjawab dan memandang jauh ke hadapan, memahami akan kesan keputusan mereka dan sanggup mengetepikan kepentingan diri sendiri serta sempadan bagi menyanggupi komitmen kerjasama dunia.

Dalam bidang pendidikan yang mengandungi 11 perkara, Rosmah berkata matlamat berkenaan termasuk melabur dalam penyelesaian bersepadu di semua peringkat bagi pendidikan wajib dari zaman awal kanak-kanak bagi memperkasa, mencabar dan mengkayakan kanak-kanak.

Rosmah berkata matlamat lain termasuklah untuk meningkatkan program latihan perguruan untuk membolehkan guru-guru membezakan pengajaran bagi para pelajar yang mempunyai keperluan berlainan, meliputi mereka yang mempunyai keperluan khusus bagi kanak-kanak istimewa dan berbakat.

Matlamat lain yang digalakkan dalam bidang pendidikan adalah untuk menyeimbangkan penekanan terhadap sains, teknologi dan matematik dengan kemanusiaan serta keupayaan pelbagai bahasa bagi semua kanak-kanak untuk mempelajari dengan mendalam dan berfikiran kritikal serta mengajar kanak-kanak bagaimana membuat keputusan bijak menggunakan sains dan teknologi.

Rosmah berkata matlamat lain adalah untuk melabur dalam program dan perkhidmatan seperti majlis pelajar, kerajaan atau parlimen pelajar, arena belia, pertukaran budaya dan program-program kepimpinan lain untuk melahirkan pemimpin muda dengan peri kemanusiaan, yakin dan semangat.

Selain itu, matlamat lain adalah peluang saksama bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan meliputi seluruh inisiatif pendidikan, melatih pelajar terbaik dan paling bijak sebagai guru dan memberikan mereka insentif sebagai profesional dan menggunakan pedagogi inovatif bagi mengembangkan pemikiran kritikal dan kemahiran menyelesaikan masalah bagi semua kanak-kanak.

Deklarasi itu juga menyeru kepada usahasama dengan badan-badan perniagaan, media dan badan bukan bermotifkan keuntungan bagi mewujudkan biasiswa, rangkaian dan bentuk-bentuk sokongan lain bagi kanak-kanak untuk membangunkan bakat mereka.

Deklarasi mengenai pendidikan juga akan menjuarai kemudahan meluas pengunaan internet untuk mengambil kesempatan kecenderungan golongan remaja terhadap perubahan, mobiliti dan penggunaan teknologi kerana ini akan menyediakan mereka dengan kemahiran seperti kefahaman bahasa dan kecekapan bahasa Inggeris yang diperlukan untuk mereka cipta dan menggunakan pengetahuan global.

Dalam bidang keluarga, Rosmah menggariskan matlamat yang meliputi penyediaam panduan yang membolehkan kanak-kanak mengetahui dan berinteraksi dengan persekitaran mereka bagi meningkatkan proses sosialisasi mereka, keluarga dan nilai-nilai kerohanian serta keupayaan mereka untuk mencipta pengetahuan baru.

Selain itu, ia turut menyediakan program dan inisiatif bagi pemakanan sihat dan seimbang bagi memastikan tumbesaran fizikal dan mental kanak-kanak serta mengajar kanak-kanak berdikari dalam pendidikan dan membuat keputusan bagi mereka mengharungi perubahan berterusan dan kepelbagaian.

Ia turut menganjurkan pengukuhan keluarga dan hubungan komuniti serta rangkaian sokongan sosial, membangun dan menyokong bakat kanak-kanak dan hobi, serta mewujudkan pendidikan mengenai kesihatan reproduktif bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan serta tidak hamil semasa di bangku sekolah.

Dalam bidang komuniti, Rosmah berkata matlamat adalah untuk menyokong perundangan bagi melindungi kanak-kanak dan hak asasi, serta membangunkan polisi untuk menterjemahkan perundangan ke dalam bentuk program dan perkhidmatan yang dapat dilaksanakan dengan meluas.

Selain itu, matlamat lain adalah untuk mewujudkan kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam masyarakat bagi menyediakan persekitaran intelektual, kebudayaan dan kerohanian yang dapat melahirkan pemimpin masa depan serta program lepasan sekolah, mentor dan perkhidmatan pendidikan yang menyediakan pengalaman kehidupan sebenar yang membentuk kemahiran abad ke-21.

Matlamat akhir dalam bidang ini adalah untuk memastikan persekitaran fizikal dan maya yang selamat bagi kanak-kanak membesar, membangun dengan kepercayaan, memiliki kesederhanaan dan belajar menghormati dan menghargai kepelbagaian bagi membina kewujudan bersama dengan aman bagi semua.

-- BERNAMA

Monday, April 27, 2009

SEDIA MEMBANTU

TENGAH CARI TUDUNG BEST kee C.KAK..??...


- CANTIK dengan MACAM2 jenis kain


- TAK JARANG, kompem


- bidang BESAR, boleh juga setting sendiri saiz

ikut keSELESAan


- mengikut SYARIAT, asalkan menepati cara


- harga menepati BAJET


- terbaik lah...

BOLEH laa CARI SAYA

(choose - cash - carry)


atau pun boleh lawati
laman web: http://www.tudungnur.com/

Hidup dalam pengharapan

Hidup dalam pengharapan