
Betapa aku sangat sayang kepada mu
namun sayangku tidak dapat mengatasi sayangnya yang telah Allah campakkan di dalam hatinya untuk mengambilmu tanpa keizinanku
siapakah??
namun ku redha atas ketentuanNya..kini kau tidak lagi bersama-sama ku
seperti dahulu..menemani ku kemana saja ku pergi..
bagaimana jua keadaan..hujan, terang, mendung,panas terik..kau Putih tetap setia tanpa ragam yang menjengkelkan
sentiasa memahami ku tatkala aku sedih atau suka..
suka dan duka kita bersama
Kau Putih...kini dalam kenangan..
Ku harap kau dijaga oleh tuan baru mu dengan lebih baik..tidak mencerai beraikan dirimu..tidak merosakkan mu...agar kau masih boleh berkhidmat kepada sesiapa pun..
namun, harapan ku masih menggunung
agar suatu hari nanti akan kita bertemu lagi..
ku ingat lagi keadaanmu kali terakhir kita bersama pada 4 des 2010..
Si Putih...
Motoskal ku
Honda EX5
BJT 2800
Berwarna putih
berceloreng hitam di atas sayap hadapan (kesan exident)
ada box di atasnya tertulis perkataan "tumpang"
sport rim berwarna gold
seandainya ada lagi rezki..mana kan tahu, seseorang yang telah menjumpai lalu melaporkan kepada balai polis berdekatan dan menyatakan bahawa dirimu telah diambil tanpa keizinanku..
saban waktu ku berdoa agar kehilanganmu ini menjadi kaffarah atas kesilapan ku di masa-masa lalu agar kita dapat berjumpa di akhirat kelak dengan aman..