Cemerlang dengan Iman dan Taqwa

Al-Talaq ayat 2-3:
"Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, Dia akan adakan baginya jalan keluar dan (Allah) akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepadanya."

Kecemerlangan yang bermula dari dalaman, berpunca dari ledakan iman dan taqwa, mampu mengubah dunia dan seisinya.

Ketahuilah sesungguhnya amal ibadah kita seharian adalah suatu syarat kepada kesempurnaan iman, bukanlah syarat kepada sahnya iman. Apabila amal kebajikan mukmin itu bertambah maka akan bertambahlah imannya. Sebaliknya apabila amal ibadahnya berkurangan maka akan menurunlah imannya.

Friday, January 9, 2009

Indahnya Akhlaq Nabi Muhammad saw

Kemuliaan akhlaq Rasulullah saw.
Syeikh Sofiyu Rahman dalam kitabnya al-Rahiq al-Makhtum berkata:
Nabi saw adalah seorang yang istimewa dengan kefasihan lidahnya dan tutur katanya yang jelas. Dalam hal ini Baginda saw adalah orang yang terbaik dan semua orang maklum tentangnya. Perkataannya yang diucapkannya jelas dan terang, bicaranya fasih dan, tepat pengertiannya dan tidak memberatkan percakapannya. Baginda saw dikurniakan jawami’ al-Kalim (lidah yang yang fasih dan penerangan yang tepat), keputusan yang ibuat adalah tepat.
Baginda mengetahui dialek orang-orang Arab dan perbicaraan dengan setiap kabilah mengikut dialek masing-masing serta berdialog dengan mereka mengikut bahasa mereka. Pada diri baginda telah sedia terkumpul daya berbicara bahasa Arab kampong yang halus dan tebalnya serta kejelasan menutur bahasa Arab pecan. Keindahan tutur bicaranya mendapat bantuan ketuhanan yang sumbernya adalah wahyu.
Baginda seorang yang tabah dan cekal, seorang yang pemaaf walaupun berupaya membalas, sabar menghadapi segala yang tidak disenanginya. Ianya adalah sifat-sifat luhur yang dengan itu Allah SWT mendidiknya. Semua orang yang tabah, sebelumnya telah diketahui ada kegelinciran dan pernah terbabas daripada tindakan yang betul. Akan tetapi Rasulullah saw bukan begitu, semakin bertambah gangguan dan penyakit semakin bertambah kesabarannya.
Sikap orang jahil yang keterlaluan terhadapnya hanya lebih menambah ketabahannya, Aisyah r.a berkata: Tidaklah diberikan pillihan kepada Rasulullah saw antara dua perkara, melainkan Baginda saw akan memilih yang paling mudah antara keduanya selagi ia bukan dosa. Tetapi jika ianya dosa, maka Baginda saw lah orang yang paling menjauhinya. Baginda saw tidak pernah untuk dirinya sendiri kecuali jika dilanggar kehormatan Allah SWT, maka Baginda saw akan membalas pelanggaran itu kerana Allah SWT. Baginda saw adalah orang yang lambat marah dan cepat reda.
Sifat pemurah dan dermawannya tiada tandingannya. Baginda saw member sesuatu pemberian tanpa membimbangkan kefakiran. Ibn Abbas berkata: Nabi saw adalah manusia yang paling pemurah. Pada bulan Ramadhan Baginda saw lebih pemurah lagi iaitu tatkala Jibril a.s dating menemuinya. Jibril a.s bertemu Baginda saw pada setiap malam pada bulan Ramadhan lalu bertadarus al-Quran dengannya. Sifat pemurah Baginda saw dalam hal-hal kebaikan lebih cepat daripada angin yang bertiup.
Keberanian dan keperkasaan Baginda saw sedia dimaklumi. Baginda saw adalah orang yang paling berani. Baginda saw hadir pada semua tempat yang sukar, bahkan sekali musuh yang bersembunyi atau jaguh yang berani melarikan diri darinya, namun Baginda saw tetap teguh dan tidak berganjak malah maju ke hadapan dan tidak mundur serta tidak goyah. Semua orang yang berani pada suatu ketika melarikan diri dan bertempiaran, kecuali Rasulullah saw. Ali r.a berkata, “jika keadaan semakin gawat dan di kepung maka akan berlindung dengan Nabi saw, di mana tiada seorang pun yang lebih hamper kepada musuh kecuali Baginda saw.” Anas (mendengar suatu bunyi), orang pun keluar manuju kea rah suatu suara itu, lalu menemui Nabi saw yang berpatah balik. Rupanya Baginda saw telah mendahului mereka menuju kea rah suara itu. Ketika itu Baginda saw sedang menunggang kuda Abu Talhah sambil menyangkut pedang di lehernya.” Baginda saw berkata, “jangan khuatir, jangan khuatir.”
Baginda saw tidak berbicara sesuatu dengan orang yang tidak disenangi kerana malu dan kemuliaan jiwa. Baginda saw tidak menyebut nama seseorang yang sampai berita kepadanya tentang seseorang yang tidak disukai, malah Baginda saw sekadar berkata: “Mengapakah kaum itu berbuat begitu?” Bagindalah selayaknya yang disifatkan oleh al-Farazdaq:
“Diamnya kerana malu, dan diamnya yang menampakkan kehebatannya, maka tidaklah ia berbicara melainkan sambil tersenyum.”
Baginda saw adalah yang paling adil dan yang paling menjaga kehormatannya, paling benar tutur bicara dan paling amanah, semua itu diakui oleh semua kawan dan lawan. Sebelum menjadi Nabi, Baginda saw digelar al-Amin (yang amanah). Semasa jahiliyyah iaitu sebelum kedatangan Islam baginda saw dilantik manjadi hakim.
Baginda saw adalah orang yang paling merendah diri dan paling jauh dari kesombongan, Baginda saw melarang orang bangun untuk menghormatinya sebagaimana yang biasa dilakukan kepada raja-raja. Baginda saw sering melawat orang yang miskin dan mendampingi orang-orang fakir. Baginda saw menyahut jemputan hamba. Apabila duduk bersama sahabatnya, keadaan duduk sama seperti salah seorang sahabatnya.
Aisyah r.a berkata: “Baginda saw sendiri yang menampal kasutnya dan menjahit pakaiannya. Baginda saw bekerja dengan tangannya sebagimana salah seorang kamu bekerja di rumahnya. Baginda juga seperti manusia lain mencuci pakaiannya sendiri, memerah susu dan menguruskan dirinya sendiri.”
Baginda saw adalah orang yang paling menunaikan janji, paling menghubung tali persaudaraan, paling mengasihi manusia, paling baik pergaulan dan adab, paling luhur akhlaqnya, manusia paling jauh dari akhlaq buruk. Baginda saw bukan seorang yang keji, tidak mengutuk dan tidak membuat kebisingan di pasar.
Baginda saw tidak membalas kejahatan dengan kejahatan, tetapi lebih suka memaafkan, tidak meninggalkan orang yang berjalan di belakangnya, tidak melebih diri dari hamba sahayanya baik yang lelaki atau yang wanita dari segi makanan dan pakaian.
Baginda saw menolong orang yang menolongnya, tidak pernah berkata “cis” kepada khadamnya, tidak pernah mencelanya kerana sesuatu perbuatan atau kerana meninggalkan sesuatu kerja.
Baginda saw cintakan orang-orang yang miskin dan mendampingi mereka serta menghadiri jenazah mereka. Tidak pernah meremehkan orang fakir atas sebab kefakiran mereka. Dalam sebahagian perjalanan Baginda saw menyuruh diuruskan seekor kambing untuk dimakan. Lalu ada seorang yang berkata, “Biar aku yang sembelihnya.” Dan seorang lagi , “Biar aku yang melapahnya.” Seorang lagi pula, “Biar aku yang memasaknya.” Kemudian Rasulullah saw berkata, “Biar aku yang mencari kayu apinya.” Lalu mereka manjawab, “ cukuplah kami yang melakukan kerjamu itu.” Tetapi baginda saw menjawab, “Memang aku ketahui kamu semua sudah cukup untuk melakukan tugasku, akan tetapi aku tidak suka berbeza daripada kamu, sesungguhnya Allah SWT tidak suka hamba-Nya yang dilihat berbeza daripada teman-temannya.” Maka Rasulullah saw lantas terus bangun pergi mengumpul kayu api.
Hindun bin Abu Halah menyifatkan Rasulullah saw, katanya: “Rasulullah saw sentiasa dirundung kesedihan, selalu berfikir, tidak ada masa rehat, tidak bercakap tanpa ada keperluan, lama berdiam, membuka bicara dan menutup seluruh mulutnya bukan dengan hujun-hujung mulut, bercakap dengan fasih dan tepat pengertiannya.
Cakapnya tersusun dan tidak berkurangan, percakapan yang lembut dan tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik. Baginda saw membesarkan ni’mat sekalipun sedikit, tidak mencela sesuatu, tidak mencela makanan dan tidak terlalu memuji, tidak cepat marah dan apabila terjadi sesuatu yang bertentangan melainkan setelah benar-benar ternyata baginya, tidak marah kerana kepentingan dirinya dan tidak pula membungkam diri kerana terlalu berlembut.
Apabila menunjukkan isyarat maka ditunjukkan dengan semua tapak tangannya, kalau isyarat itu kagum maka dibalikkan tangannya. Kalau marah dia akan berpaling, kalau gembira dtundukkan anak matanya, paling tinggi ketawanya hanyalah senyuman yang mirip seperti butiran ais.
Baginda saw menahan lidahnya daripada berbicara kecuali yang benar-benar difahaminya. Baginda saw menyatukan para sahabatnya dan tidak memecah belahkan mereka.
Baginda saw memuliakan sesiapa sahaja yang mulia di kalangan sesuatu kaum, Baginda saw melantik orang yang mulia itu untuk menguruskan kaumnya, Baginda saw memberikan amaran dan menyuruh mereka berwaspada tanpa menutup terus harapan yang menggembirakan mereka.
Baginda saw mengambil berat hal-ehwal sahabat-sahabatnya dan bertanyakan apa permasalahan di kalangan mereka, menerima yang baik sebagai yang baik dan membenarkannya, memburukkan yang buruk dan meremehkannya. Seorang yang saksama dalam semua urusan, dan tidak suka berselisihan, tidak suka berleka kerana bimbang sahabatnya juga akan berleka dan bosan, Baginda saw sentiasa dalam bersedia ,menghadapi apa sahaja keadaan dan sisinya, tidak mengabaikan kebenaran dan tidak menyerah untuk diselesaikan oleh orang lain.
Manusia yang hampir dengannya adalah yang terbaik di kalangan mereka, orang yang paling mulia di sisinya adalah orang yang paling banyak member nasihat, dan orang yang paling agung di sisinya adalah orang yang paling baik memberikan perhatian dan pertolongan.
Baginda saw tidak duduk atau berdiri melainkan dalam keadaan berzikir, tidak memilih tempat yang istimewa untuk dirinya, apabila dating pada sesuatu kaum Baginda saw akan duduk di mana masih ada ruang duduk dan disuruhnya orang berbuat begitu juga. Baginda saw memberi hak setiap orang yang duduk dengannya sehingga tidak terasa orang yang duduk di sisinya bahawa ada seorang yang lebih mulia daripadanya.
Sesiapa yang mengajak Baginda saw duduk atau berdiri maka dilayaninya orang itu sehingga orang itu beredar terlebih dahulu. Barang siapa yang meminta sesuatu hajat kepadanya tidak akan ditolak melainkan diberikan apa yang diminta jika ada atau dengan kata-kata yang lunak, Baginda saw melapangkan manusia dengan kemurahan dan akhlaqnya sehingga Baginda saw menjadi seperti bapa mereka dan mereka di sisinya dalam soal kebenaran bersamaan.
Mereka hanya dapat di sisinya dengan ketaqwaan. Majlisnya adalah majlis yang disaluti dengan kesopanan, malu, sabar dan amanah. Dalam majlisnya tidak diangkat suara yang tinggi, tidak dibimbangi melanggar kehormatan, mereka beramah mesra dengan penuh ketaqwaan, mereka menghormati orang tua, mengasihi kanak-kanak, membantu orang yang memerlukan dan beramah mesra dengan orang yang terasing.
Baginda saw sentiasa menampakkan keceriaan, mudah kira bicara, lemah lembut, tidak bengis dan tidak bercakap kasar, tidak kalut, tidak bercakap keji, tidak mengutuk, tidak terlalu memuji, berpura-pura lalai terhadap sesuatu yang menarik tanpa tidak menunjukkan yang dia tidak suka dengannya.
Baginda saw menjauhkan dirinya daripada tiga perkara iaitu riak, banyak bercakap dan memperkatakan apa yang tidak penting baginya. Baginda saw meninggalkan manusia tiga perkaa: Tidak mencela seseorang, tidak mengaibkannya dan tidak mencari kesalahannya. Baginda saw tidak membicarakan hal-hal yang lain kecuali hal yang diharapkan ada pahalanya. Apabila berbicara maka orang yang di sisinya akan memberikan perhatian bagaikan ada burung hinggap di kepala mereka.
Apabila Baginda saw diam baharulah mereka bercakap. Mereka tidak bertengkar di sisnya. Kalau ada orang yang sedang bercakap semasa Baginda saw sedang becakap maka orang lain akan mendiamkannya sehinggalah Baginda saw selesai bercakap.
Baginda saw ketawa oleh sebab sesuatu yang menyebabkan mereka ketawa, merasa kegum oleh sebab sesuatu yang mengagumkan mereka, sabar mendengar tutur bicara orang asing yang kasar sambil berkata, “Apabila kamu melihat orang yang mempunyai hajat, maka bantulah ia.” Baginda saw tidak mengharapkan pujian melainkan oleh orang yang layak memujinya.
Kharijah bin Zayd berkata: “Nabi saw adalah orang yang paling tenang dalam majlisnya, jarang sekali Baginda saw mengeluarkan sesuatu di mana-mana bahagian anggota tubuhnya. Baginda saw banyak berdiam, tidak bercakap perkara yang tidak perlu, berpaling daripada orang yang bercakap tidak baik. Ketawanya ialah senyuman. Kata-katanya jelas dan terang, tidak melalut dan tidak sambil lewa. Ketawa para sahabat di sisinya juga adalah senyum kerana menghormati dan mengikutnya.”
Dalam kitab Rasulullah saw Insan Agung, penulis menyebut Rasulullah saw Insan Agung adalah sebuah nukilan berkenaan dengan sakhsiah Rasulullah saw mewakili sifat khlqi dan khuluqi, dikemukakan untuk makrifah hakikat Rasulullah saw seterusnya melahirkan perasaan cinta kepadanya dan dapat menjadikannya sebagai lampu suluh serta pedomen dalam melayari kehidupan ini.
Antara sifat Rasulullah saw ialah memberi salam dahulu apabila berjumpa dengan seseorang, sama ada baginda kenal atau tiada. Biasanya Baginda saw mula memberi salam sambil menjabat tangan sahabatnya itu. Baginda saw tidak akan menarik atau cuba melepaskan tangannya sebelum orang yang dijabat itu terlebih dahulu menarik tangan mereka.
Sebagai menambahkan lagi kefahaman tentang akhlaq Rasulullah saw, penulis menukilkan beberapa petikan daripada kitab Ihya’ Ulumuddin yang antara lain:
1. Ada pun percakapan Rasulullah saw amat teratur dan mudah dufahami (Riwayat Abu Daud,Ahmad dan Ibn Sa’d)
2. Rasulullah saw amat suka kepada yang mempunyai warna hijau (riwayat al-Bazzar dan al-Tabarani)
3. Rasulullah saw meringankan solat berjemaah dan menjadi imam dengan penuh kesempurnaan. (Riwayat Muslim)
4. Rasulullah saw bila dating perkara yang menggembirakannya menguicapkannya segala puji bagi Allah yang dengan nikmatNya segala kebaikan dan bila dating yang menyusahkannya (perkara yang dibencinya) Baginda saw berdoa segala puji bagi Allah atas setiap keadaan. (Diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Hakim)
5. Nabi saw mulakan makan dengan yang hamper dengannya.
6. Apabila Baginda saw hendak tidur dalam keadaan berjunub maka Baginda saw akan mengambil wuduk
7. Apabila Baginda saw berbaring mengesatkan tangan kanannya seraya berdoa “Ya Allah, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari hari Kamu bangkitkan hamba-hambaMu” sebanyak 3 kali.
8. Apabila berbuka atau makan yang dijamu oleh sesuatu kaum Baginda saw berdoa untuk kaum tersebut.
9. Rasulullah saw berdoa sebelum dan selepas makan.
10. Rasulullah saw banyak berzikrullah
11. Rasulullah saw adalah paling sopan dan lemah lembut terhadap isterinya, paling mulia di kalangan manusia dan banyak tersenyum.
12. Rasulullah saw berdoa ketika masuk pasar dan masuk masjid begitu juga apabila melihat anak bulan.
13. Rasulullah saw suka menziarahi pesakit, mengiringi jenazah, berdoa untuk orang yang bersin.
14. Rasulullah saw memberi salam dan berdoa untuk mereka dan berdoa untuk sahabatnya yang ingin bermusafir. Di samping itu, apabila bangkit daripada majlis Baginda saw juga berdoa.
15. Rasulullah saw akhlaqnya adalah al-Quran.
16. Rasulullah saw tidak makan berseorangan.
“Diamnya kerana malu, dan diamnya yang menampakkan kehebatannya, maka tidaklah ia berbicara melainkan sambil tersenyum.”
Abu Sa’id al-Khudriy berkata: “Baginda saw seorang yang pemalu lebih dari gadis sunti dalam tabirnya, kalau Baginda saw tidak menyenangi sesuatu maka nampak kelihatan yang jelas melalui raut wajahnya. Baginda saw tidak menajamkan pandangan kepada seseorang, sentiasa menundukkan anak matanya, pandangannya ke bumi lebih banyak dari pandangannya ke langit, pandangannya ditumpukan jika bertujuan untuk memikir.”
Secara umumnya, Nabi Muhammad saw telah dihiasi dengan sifat-sifat yang sempurna dan tiada tolok bandingnya. Baginda saw diasuh oleh Tuhannya. Justeru, tentulah Tuhan mengsuhnya yang terbaik, sehingga Allah SWT menujukan firman kepadanya dengan memujinya dalam surah al-Qalam ayat 4 yang bermaksud: “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.”
Kesemua sifat ini berupaya menarik jiwa kepadanya dan menimbulkan kecintaan hati kepadanya. Ianya menjadikan Baginda saw seorang pemimpin yang sering menjadi ingatan. Sifat-sifat inilah yang telah melembutkan kekerasan kaumnya yang pada mulanya enggan menerima seruannya, sehingga akhirnya mereka berduyun-duyun masuk ke dalam agama Allah SWT.
Sifat-sifat yang tersebut di atas hanyalah beberapa coretan yang terhad daripada gambaran kesempurnaan dan keagungan sifatnya. Namun, hakikat sebenarnya tentang kemuliaan dan sifat-sifat yang melengkapi tidak dapat ditanggapi dan tidak dapat diselami lubuk dasarnya.
Siapakah yang berupaya untuk mengetahui hakikat sebenar manusia paling agung dalam kewujudan ini dan mencapai tingkat paling sempurna, yang mendapat sinar Tuhannya sehingga akhirnya al-Quran itu menjadi akhlaqnya?
Ya Allah, rahmatilah Nabi Muhammad saw dan keluarganya sebagaimana Engkau merahmati Ibrahim as dan keluarganya, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

SEDIA MEMBANTU

TENGAH CARI TUDUNG BEST kee C.KAK..??...


- CANTIK dengan MACAM2 jenis kain


- TAK JARANG, kompem


- bidang BESAR, boleh juga setting sendiri saiz

ikut keSELESAan


- mengikut SYARIAT, asalkan menepati cara


- harga menepati BAJET


- terbaik lah...

BOLEH laa CARI SAYA

(choose - cash - carry)


atau pun boleh lawati
laman web: http://www.tudungnur.com/

Hidup dalam pengharapan

Hidup dalam pengharapan